Tuesday, December 10, 2013

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka

Kuih yang sudah siap untuk di hidang




Dasar kuih

Dasar kuih:-
2 cawan beras pulut
2 cawan air
100ml santan kotak (1/2 kotak)
1 sudu teh garam

Cara:-
Campurkan semua bahan di atas dan kukus selama 20 minit. Kemudian tekan pulut dengan sudut untuk padatkan pulut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------






Atas kuih yang berwarna hijau:-
1  1/4 cawan tepung gandum
1/4     cawan tepumg ubikayu
3/4     cawan gula
100ml santan kotak (1/2 kotak)
2 cawan air
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh esen pandan

Cara :-
Campurkan semua bahan diatas, kacau sehingga gula larut.  Kemudian tuangkan adunan ke atas pulut yang telah masak.  Kukus lagi selama 20 minit.


Gambar dari google image


kek strawberi



1 cawan gula kaster
1 cawan mentega
1/4 cawan air/susu
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu teh esen strawberi 
1 sudu teh pewarna merah jambu
4 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri

Cara :-
1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Sapukan mentega pada dasar loyang kemudian alaskan dengan kertas.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang, masukkan air, esen vanila, esen strawberi, pewarna merah jambu dan pukul lagi. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan tepung ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4.  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit.

Hiasan:
1 bar coklat putih
1 sudu besar mentega
6 biji strawberi

Cara:
1.  Dengan menggunakan kaedah 'double boiling' cairkan coklat putih.  Masukkan mentega dan kacau sehingga cair.  Tuangkan coklat cair ke atas kek kemudian hiaskan dengan buah strawberi.




gambar white chocolate diambil dari google image



Sup Ayam


Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 sup bunjut
1 biji bawang besar (dipotong kiub)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam
2 liter air (1/2 periuk, atau asalkan semua daging ayam terendam dengan kuah sup)
2 biji kentang (di potong 4)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa AJINOMOTO
2 biji cili merah (dibelah 2)

Hiasan:-
2 tangkai daun sup (dihiris-hiris)
1/2 cawan bawang goreng


Caranya:-
1.  Campurkan daging ayam, sup bunjut, bawang besar, bawang putih, halia, serai, asam keping dan air ke dalam periuk dan didihkan selama 1/2 jam.  Selepas itu masukkan kentang, didihkan lagi 15 minit, selepas itu masukkan garam, gula, serbuk perasa dan cili. Masakkan lagi 15 minit atau sehingga ayam dan kentang empuk.

2.  Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

Asalnya kuah sup di atas adalah separuh periuk.



gambar sup bunjut diambil dari google image.



Friday, November 29, 2013

Penkek

Penkek



Bahan:-

1 cawan tepung gandum (jika guna tepung naik sendiri, jangan letak serbuk penaik)
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1 biji telur (dipukul)
1 cawan susu
2 sudu besar mentega (yang telah dicairkan)

Cara :-

1.  Didalam mangkuk besar, gaulkan tepung, serbuk penaik, gula dan garam.  Buat lubang ditengah-tengah campuran tepung tadi, kemudian curahkan susu, telur dan mentega cair.  Kacau hingga sebati.

2.  Panaskan kuali penkek, gunakan api sederhana panas, curahkan 1/2 cawan adunan tadi ke atas kuali. Penkek telah masak jika buih-buih di atas adunan itu telah berhenti.  Terbalikkan untuk panaskan kedua-dua belah penkek.


* Penkek boleh dimakan dengan sirap penkek, mentega atau jem.
Resepi ini telah diubahsuai, resepi asal adalah dari http://allrecipes.com/recipe/easy-pancakes/

Kuih Cara Berlauk

Kuich Cara Berlauk


Kuih Cara Berlauk


Bahan:-
2  1/4    cawan tepung gandum
1    sudu besar tepung jagung
1    sudu teh serbuk kunyit (tak letak pun tak apa)
1/2 sudu teh garam
1    sudu besar gula
1    kotak santan (200ml)
2    cawan air
1    sudu teh esen pandan
1    biji telur
1    sudu besar mentega


Cara :-

1)  Campurkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam blender sehingga sebati.
2)  Panaskan acuan, letakkan sedikit minyak di dalam acuan dan isikan adunan tepung tadi ke dalam setiap acuan.
3)  Masukkan 1 sudu teh inti daging goreng ke dalam setiap acuan adunan tepung.
4)  Gunakan api kecil dan tutup acuan itu.
5)  Masak sehingga garing (lebih kurang 10 ke 15 minit).


Inti Daging Goreng

1/2 cawan minyak masak
1 biji bawang besar  (dicincang halus)
1 biji bawang putih   (dicincang halus)
2 cawan daging dihiris halus (direbus hingga empuk)
1 biji cili merah (dihiris halus)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa ajinomoto

Cara :-

Panaskan minyak masak, gorengkan bawang putih dan bawang besar hingga garing, masukkan daging dan goreng lagi hingga garing.  Kemudian masukkan cili, daun sup, garam dan serbuk perasa, goreng lagi 1 minit atau sehingga garam dan serbuk perasa sebati.  Bila siap, masukkan inti daging yang telah siap ini ke dalam adunan tepung kuih cara.


Kuih cara berlauk dalam gambar di atas tidak menggunakan cili dan daun sup, jika ada gambarnya seperti dibawah;

Gambar dari kongsiresepi.com






Tuesday, November 26, 2013

Nasi Lemak


Nasi Lemak



Nasi:-    (untuk 6 orang makan)
3 cawan beras
4 cawan air
1/2 paket santan serbuk
2 sudu kecil garam
2 cm halia (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak masak

Cara masak nasi lemak:-
1)  Campurkan semua bahan di atas dan masak di dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.


Lauk :-
2 cawan ikan bilis (digoreng)
1 cawan kacang tanah (digoreng)
1 batang timun (dihiris-hiris setebal 5mm)
6 biji telur rebus

Sambal:-
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang putih (dihiris nipis)
1 bawang besar (dihiris nipis)
2 cawan cili boh (pes cili atau cili giling)
1 asam keping (sebesar duit 10 sen)
1/2 paket santan serbuk (dicampur dengan 1 cawan air)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa (ajinomoto)
1    sudu teh gula
1  cawan ikan bilis (yang telah digoreng)

Cara masak sambal:
1)  Panaskan minyak di dalam kuali.  Masukkan bawang putih dan bawang besar dan goreng sehingga garing.  Masukkan cili boh dan asam keping dan masak selama 10 minit.  
2)  Masukkan santan serbuk, masak lagi 15 minit atau sehingga santan sebati dengan cili, kemudian masukkan garam, serbuk perasa, gula dan ikan bilis.

ikan bilis

cili boh

serbuk santan kelapa 

bawang besar (atau bawang merah)

bawang putih

* 5 gambar yang terakhir (bermula dari ikan bilis hingga bawang putih) di ambil dari website google image.















Pai Labu


Pai Labu (pumpkin pie)


Kulit pai :-
2     cawan tepung gandum
1/2  sudu kecil garam
3/4  cawan mentega
1/4  cawan air

Cara :-
1)  Ayakkan tepung gandum, campurkan dengan garam sehingga sebati.  Kemudian gaulkan dengan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh.  Tambahkan air 1 sudu besar jika perlu.  Kuantiti air bergantung kepada kualiti tepung.

2)  Canaikan leper doh setebal 5mm dan letak di dasar loyang saiz sederhana 22cm (9 inci).



Isi :-
1    biji labu  (500g)
1    tin krimer pekat manis F&N
1/2 sudu teh garam
1    sudu teh serbuk kayu manis/rempah kek
4    sudu besar tepung gandum
6    sudu besar air
2    biji telur

Cara :-
1)  Buah labu dipotong 2, letakkan di dalam dulang dan bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 200 celcius. 
2)  Kaut isi labu dengan sudu dan campurkan dengan semua bahan di atas.  Gaulkan dengan pemutar elektrik sehingga sebati.
3)  Setelah itu masukkan inti ini ke dalam acuan kulit pai tadi.
5)  Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit.  Bakar pada suhu 225 Celcius selama 15 minit, kemudian turunkan suhu ke 180 Celcius dan masak lagi selama 30 minit.



Kuih Cara


Kuih Cara 

Bahan:-
2  1/4    cawan tepung gandum
1    sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh garam
1    sudu besar gula
1    kotak santan (200ml)
2    cawan air
1    sudu teh esen pandan
1    sudu teh pewarna hijau
1    biji telur
1    sudu besar mentega


Cara :-

1)  Campurkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam blender sehingga sebati.
2)  Panaskan acuan, letakkan sedikit minyak di dalam acuan dan isikan adunan tepung tadi ke dalam setiap acuan.
3)  Masukkan 1/2 sudu teh gula ke dalam setiap acuan adunan tepung.
4)  Gunakan api kecil dan tutup acuan itu.
5)  Masak sehingga garing (lebih kurang 10 ke 15 minit).


Bahan-bahan yang diperlukan


Isikan adunan tepung ke dalam acuan


Isikan 1/2 sudu teh gula ke bahagian tengah setiap acuan


Tutup acuan dan tunggu kuih masak 10 ke 15 minit


Kuih yang telah masak garing di luar










Monday, November 25, 2013

Pai Epal


Pai Epal

Kulit pai :-
2     cawan tepung gandum
1/2  sudu kecil garam
3/4  cawan mentega
1/4  cawan air

Cara :-
1)  Ayakkan tepung gandum, campurkan dengan garam sehingga sebati.  Kemudian gaulkan dengan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh.  Tambahkan air 1 sudu besar jika perlu.  Kuantiti air bergantung kepada kualiti tepung.

2)  Canaikan leper doh setebal 5mm dan letak di dasar loyang saiz sederhana 22cm (9 inci).



Isi :-
3    epal
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1    sudu teh serbuk kayu manis/rempah kek
1    sudu besar mentega
1    sudu teh esen oren
2    sudu besar tepung gandum
4    sudu besar air

Cara :-
1)  Potong epal bentuk kiub 1cm.
2)  Masukkan kiub epal, gula, garam, serbuk kayu manis dan esen oren ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan selama 20 minit.  Semasa masak, epal akan mengeluarkan air dengan sendirinya.
3)  Setelah 20 minit, campurkan tepung gandum dan air sehingga sebati, kemudian campurkan dengan epal yang telah dimasak tadi dan kacau lagi sehingga likat.
4)  Setelah itu masukkan inti epal ini ke dalam acuan kulit pai tadi.
5)  Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit.  Bakar pada suhu 225 Celcius selama 15 minit, kemudian turunkan suhu ke 180 Celcius dan masak lagi selama 30 minit.


Wednesday, November 20, 2013

kambing/biri-biri panggang

Kambing/biri-biri panggang

kuah


Bahan-bahan:-

6 keping daging kambing (boleh diganti dengan daging lembu atau 1 ekor ayam)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar cili boh (pes cili)
3 cm halia (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1 tangkai serai (dititik)

1) Gaul rata semua bahan-bahan diatas kemudian sapukan pada kepingan daging kambing.  Masukkan daging tersebut ke dalam pemanggang ajaib (magic pan) dan masak dengan api kecil selama 2 hingga 3 jam.

Jika menggunakan ketuhar, perap daging selama 1 jam dahulu, kemudian panggang di dalam ketuhar selama 60 hingga 90 minit pada suhu 180 celcius.


Kuah :-

1/2 cawan mentega
1 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu kecil kiub pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih/lada hitam
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perasa (jenama ajinomoto)
1 sudu kecil kicap (untuk gelapkan kuah)

1)  Panaskan mentega di dalam kuali.  Masukkan bawang merah dan goreng dengan api kecil selama 10 hingga 15 minit.  Kacau tepung gandum dan air di dalam mangkuk hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam kuali yang digoreng bawang tadi.  Campurkan pati ayam, serbuk lada, garam, perasa dan kicap ke dalam adunan tadi dengan api kecil, kacau sehingga mendidih.  Boleh tambah air jika ingin kuah cair.












Tuesday, November 19, 2013

Kek Coklat Lembab

 Bahagian atas kek

Bahagian bawah kek




Bahan-bahan:-

3 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak jagung/sayuran
2  1/4  cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko (jenama van houten)
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan air
1/2 cawan krimer pekat manis (jenama F&N)


Resepi:

1)  Pukul telur, esen vanilla dan gula pasir sehingga kembang (selama 5 minit)
2)  Masukkan minyak, pukul lagi (selama 2 minit)
3)  Masukkan tepung, koko dan soda bikarbonat pukul lagi sehingga sebati (selama 5 minit)
4)  Campurkan air dan krimer dan pukul hingga sebati (selama 2 minit)
5)  Setelah siap masukkan adunan ke dalam pemanggang ajaib (magic pan) dan masak selama 25 ke 35 minit menggunakan api paling kecil.

6)  Jika masak menggunakan ketuhar, gunakan suhu 160 Celcius selama 1 jam. Masukkan adunan kek ke dalam loyang pembakar yang telah digris dengan minyak, dan dialas dengan kertas.  Panaskan ketuhar 10 minit terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan kek.

*Resepi asal adalah dari gabungan beberapa resepi di internet yang telah saya ubahsuai.