Tuesday, November 26, 2013

Pai Labu


Pai Labu (pumpkin pie)


Kulit pai :-
2     cawan tepung gandum
1/2  sudu kecil garam
3/4  cawan mentega
1/4  cawan air

Cara :-
1)  Ayakkan tepung gandum, campurkan dengan garam sehingga sebati.  Kemudian gaulkan dengan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh.  Tambahkan air 1 sudu besar jika perlu.  Kuantiti air bergantung kepada kualiti tepung.

2)  Canaikan leper doh setebal 5mm dan letak di dasar loyang saiz sederhana 22cm (9 inci).



Isi :-
1    biji labu  (500g)
1    tin krimer pekat manis F&N
1/2 sudu teh garam
1    sudu teh serbuk kayu manis/rempah kek
4    sudu besar tepung gandum
6    sudu besar air
2    biji telur

Cara :-
1)  Buah labu dipotong 2, letakkan di dalam dulang dan bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 200 celcius. 
2)  Kaut isi labu dengan sudu dan campurkan dengan semua bahan di atas.  Gaulkan dengan pemutar elektrik sehingga sebati.
3)  Setelah itu masukkan inti ini ke dalam acuan kulit pai tadi.
5)  Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit.  Bakar pada suhu 225 Celcius selama 15 minit, kemudian turunkan suhu ke 180 Celcius dan masak lagi selama 30 minit.



No comments:

Post a Comment