Pai Epal
Kulit pai :-
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan mentega
1/4 cawan air
Cara :-
1) Ayakkan tepung gandum, campurkan dengan garam sehingga sebati. Kemudian gaulkan dengan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh. Tambahkan air 1 sudu besar jika perlu. Kuantiti air bergantung kepada kualiti tepung.
2) Canaikan leper doh setebal 5mm dan letak di dasar loyang saiz sederhana 22cm (9 inci).
Isi :-
3 epal
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis/rempah kek
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen oren
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
Cara :-
1) Potong epal bentuk kiub 1cm.
2) Masukkan kiub epal, gula, garam, serbuk kayu manis dan esen oren ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan selama 20 minit. Semasa masak, epal akan mengeluarkan air dengan sendirinya.
3) Setelah 20 minit, campurkan tepung gandum dan air sehingga sebati, kemudian campurkan dengan epal yang telah dimasak tadi dan kacau lagi sehingga likat.
4) Setelah itu masukkan inti epal ini ke dalam acuan kulit pai tadi.
5) Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit. Bakar pada suhu 225 Celcius selama 15 minit, kemudian turunkan suhu ke 180 Celcius dan masak lagi selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment