Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 sup bunjut
1 biji bawang besar (dipotong kiub)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam
2 liter air (1/2 periuk, atau asalkan semua daging ayam terendam dengan kuah sup)
2 biji kentang (di potong 4)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa AJINOMOTO
2 biji cili merah (dibelah 2)
Hiasan:-
2 tangkai daun sup (dihiris-hiris)
1/2 cawan bawang goreng
Caranya:-
1. Campurkan daging ayam, sup bunjut, bawang besar, bawang putih, halia, serai, asam keping dan air ke dalam periuk dan didihkan selama 1/2 jam. Selepas itu masukkan kentang, didihkan lagi 15 minit, selepas itu masukkan garam, gula, serbuk perasa dan cili. Masakkan lagi 15 minit atau sehingga ayam dan kentang empuk.
2. Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.
Asalnya kuah sup di atas adalah separuh periuk.
gambar sup bunjut diambil dari google image.
No comments:
Post a Comment