Monday, October 8, 2012

Pizza

Roti Pizza
3 cawan  tepung gandum
11g  yis segera (1 paket yis mauripan)
1 sudu besar  gula
1 sudu kecil  garam

1 cawan air suam
2 sudu besar minyak zaitun

Toppings
1 botol kecil sos spaghetti
4 sosej besar dihiris
1/2 cawan bawang besar dihiris
1 cawan cendawan butang
1 cawan cili benggala hijau
1 cawan keju mozzarella
1 sudu teh herba oregano (optional)
1 sudu besar serbuk keju parmesan (optional)

Cara :
1. Gaulkan tepung gandum, yis, gula dan garam.  Kemudian campurkan air dan minyak zaitun.
2. Gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
3. Uli di atas permukaan yang telah ditabur tepung sehingga lembut dan kenyal.
4..Tutup doh didalam bekas dan letakkan ditempat suam selama 1 jam.
5. Selepas 1 jam, doh naik seganda.  Tumbuk doh untuk keluarkan udara.
6. Keluarkan dari bekas dan uli lagi selama 1 minit untuk menjadi dasar pizza.

Toppings:
7. Sapu sos spaghetti di atas dasar pizza, letakkan sosej hiris, cili, cendawan, bawang dan keju mozzarella.  Taburkan oregano dan serbuk keju parmesan.
8. Bakar pada suhu 240C selama 10 minit dan turunkan suhu ke 200C 15 minit kemudian.

Resepi asal dari http://www.bestrecipes.com.au/recipe/super-easy-pizza-dough-L723.html
Gambar pizza adalah gambar asal blogger.  Gambar sos spaghetti dan yis mauripan di ambil dari google.



http://youtu.be/bDv4H4vDAwg

No comments:

Post a Comment