Kulit karipap
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air
Inti karipap
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk kari (bancuh didalam 2 sudu besar air)
1/2 cawan daging cincang
5 biji kentang (dipotong dadu)
3 cawan air
1/2 cawan daun bawang dicincang (optional)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa (ajinomoto)
Cara :
Inti karipap
1. Tumis bawang di dalam minyak sehingga naik bau, masukkan serbuk kari dan daging cincang. Goreng lagi 5 minit, selepas itu masukkan kentang dan air. Bila air hampir kering dan kentang hampir empuk, masukkan daun bawang, garam dan perasa.
Kulit karipap
1. Gaulkan tepung dan garam. Masukkan minyak masak, gaul lagi. Masukkan air, uli hingga sebati dan menjadi doh. Perap doh selama 2 jam. Selepas 2 jam cubit doh sebesar bola ping pong dan canaikan leper kulit karipap setebal 5mm. Letak kulit karipap diatas acuan dan letakkan inti di dalamnya seperti gambar di bawah. Selepas itu goreng karipap didalam minyak panas.
No comments:
Post a Comment