Wednesday, October 10, 2012

Kek Coklat

1 cawan gula castor
1 cawan butter
1/4 cawan air/susu
1 sudu kecil esen vanila

4 biji telur gred A
1  3/4  cawan tepung naik sendiri
    1/4  cawan serbuk koko

Cara :-
1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Sapukan butter pada dasar loyang kemudian alaskan dengan kertas.
2. Pukul gula dan butter hingga kembang, masukkan air, esen vanila, dan pukul lagi. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit.
5. Untuk hiasan toppings, cairkan cooking chocolate bar dalam microwave atau cara kaedah double boiling, kemudian curahkan ke atas kek yang telah sejuk. 



foto kek dari http://smittenkitchen.com

Kek Butter


1 cawan gula castor
1 cawan butter
1/4 cawan air/susu
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar perisa juice oren/esen oren
4 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri

Cara :-
1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Sapukan butter pada dasar loyang kemudian alaskan dengan kertas.
2. Pukul gula dan butter hingga kembang, masukkan air, esen vanila, perisa oren dan pukul lagi. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan tepung ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4.  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit.


Tuesday, October 9, 2012

Ikan masak kicap





Ikan goreng:-
3 ekor ikan yang telah dibersihkan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam


Kuah kicap:-
3 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
6 batang kacang buncis (dipotong pendek 5cm)
3 cm lobak (dihiris)
1 sudu kecil perasa (ajinomoto)
1/2 sudu kecil garam

5 SUDU BESAR KICAP (bubuh setelah sayur masak)


Cara masak:-
1)  Campurkan serbuk kunyit dan garam, kemudian sapu rata pada ikan.  Goreng ikan tersebut di dalam minyak panas sehingga garing.

2) Untuk kuah, panaskan minyak, kemudian goreng semua bahan kuah sehingga garing (lebih kurang 15 minit).  Akhir sekali masukkan kicap.  Jika perlu masukkan 2 sudu besar air.

3)  Setelah kuah kicap siap, gaulkan ikan goreng ke dalam kuah tersebut.


Daging masak kicap





Daging goreng:-
3 cawan daging hiris yang telah direbus empuk (kemudian digoreng hingga garing dalam minyak panas)


Kuah kicap:-
3 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah besar (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
1 cm kunyit (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
3 biji cili padi (dihiris)
1 sudu kecil perasa (ajinomoto)
1/2 sudu kecil garam

5 SUDU BESAR KICAP (masukkan yang terakhir)
1 tangkai daun bawang (dihiris dan ditabur atas lauk setelah siap dimasak)
1 biji tomato (dipotong 4)

Cara masak:-
1) Goreng daging hirisan yang telah direbus ke dalam minyak panas sehingga garing.

2) Untuk kuah, panaskan minyak, kemudian goreng semua bahan kuah sehingga garing (lebih kurang 10 minit).  Akhir sekali masukkan kicap dan tomato.  Jika perlu masukkan 2 sudu besar air. 

3)  Setelah kuah kicap siap, gaulkan daging goreng ke dalam kuah tersebut. Kemudian taburkan hirisan daun bawang ke atas lauk sebagai hiasan.

Karipap


Kulit karipap
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air

Inti karipap
1 biji bawang besar      (dipotong dadu)
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk kari (bancuh didalam 2 sudu besar air)
1/2 cawan daging cincang
5 biji kentang               (dipotong dadu)
3 cawan air 
1/2 cawan daun bawang dicincang                  (optional)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa    (ajinomoto)


Cara :
Inti karipap
1.  Tumis bawang di dalam minyak sehingga naik bau, masukkan serbuk kari dan daging cincang.  Goreng lagi 5 minit, selepas itu masukkan kentang dan air.  Bila air hampir kering dan kentang hampir empuk, masukkan daun bawang, garam dan perasa.

Kulit karipap
1.  Gaulkan tepung dan garam.  Masukkan minyak masak, gaul lagi.  Masukkan air, uli hingga sebati dan menjadi doh.  Perap doh selama 2 jam.  Selepas 2 jam cubit doh sebesar bola ping pong dan canaikan leper kulit karipap setebal 5mm.  Letak kulit karipap diatas acuan dan letakkan inti di dalamnya seperti gambar di bawah.  Selepas itu goreng karipap didalam minyak panas.







Kek pisang

1 cawan gula castor
1/2 cawan butter
1/4 cawan air/susu
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar esen perisa pisang
1 cawan pisang (yang telah dilenyek)
2 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri

Cara :-
1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Sapukan butter pada dasar loyang kemudian alaskan dengan kertas.
2. Pukul gula dan butter hingga kembang, masukkan air, esen vanila, esen perisa  pisang,  pisang lenyek dan pukul lagi. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan tepung ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4.  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit.



Kek Epal


Resepi akan diupload lain kali





Monday, October 8, 2012

Pizza

Roti Pizza
3 cawan  tepung gandum
11g  yis segera (1 paket yis mauripan)
1 sudu besar  gula
1 sudu kecil  garam

1 cawan air suam
2 sudu besar minyak zaitun

Toppings
1 botol kecil sos spaghetti
4 sosej besar dihiris
1/2 cawan bawang besar dihiris
1 cawan cendawan butang
1 cawan cili benggala hijau
1 cawan keju mozzarella
1 sudu teh herba oregano (optional)
1 sudu besar serbuk keju parmesan (optional)

Cara :
1. Gaulkan tepung gandum, yis, gula dan garam.  Kemudian campurkan air dan minyak zaitun.
2. Gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
3. Uli di atas permukaan yang telah ditabur tepung sehingga lembut dan kenyal.
4..Tutup doh didalam bekas dan letakkan ditempat suam selama 1 jam.
5. Selepas 1 jam, doh naik seganda.  Tumbuk doh untuk keluarkan udara.
6. Keluarkan dari bekas dan uli lagi selama 1 minit untuk menjadi dasar pizza.

Toppings:
7. Sapu sos spaghetti di atas dasar pizza, letakkan sosej hiris, cili, cendawan, bawang dan keju mozzarella.  Taburkan oregano dan serbuk keju parmesan.
8. Bakar pada suhu 240C selama 10 minit dan turunkan suhu ke 200C 15 minit kemudian.

Resepi asal dari http://www.bestrecipes.com.au/recipe/super-easy-pizza-dough-L723.html
Gambar pizza adalah gambar asal blogger.  Gambar sos spaghetti dan yis mauripan di ambil dari google.



http://youtu.be/bDv4H4vDAwg

Donut


(A)
350g tepung roti
150g tepung gandum
6g garam
55g gula
15g tepung susu
8g yis

(B)
240g air sejuk
1 biji telur gred A

(C)
40g butter

Cara :
1.  Adun (A) hingga sebati.  Tambah (B) uli hingga jadi doh.
2.  Tambah (C) dan uli hingga licin/kenyal.  Tutup doh dalam bekas selama 30 minit.
3.  Keluarkan doh yang sudah 2 kali ganda besar.  Biarkan rehat 10 minit.
4.  Canai doh setebal 1cm, dan potong dengan acuan donut.
5.  Letakkan ia ke dalam dulang yang sudah ditabur tepung .  Tutup donut dalam kotak yang berwap panas selama 30 minit. Biarkan ia naik lagi.
6.  Goreng dalam minyak panas.
 (foto donut diambil dari http://theredcheek.blogspot.com

Sandwich loaf


1250g tepung roti
35g yis
80g gula
20g bread improver
20g garam

2.5g bahan awet (calcium propionate)      {ini tak letak pun tak apa}
650g air sejuk
90g shortening

Cara:
1.  Gaul semua bahan kering.
2.  Campurkan air dan uli hingga sebati.
3.  Masukkan shortening, uli hingga sebati dan  perap 30 minit. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan udara.
4.  Bahagikan doh 400g setiap satu.
5.  Perap selama 1 jam.  Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
 
Resepi ini boleh buat 4 sandwich loaf dan 8 bun burger yang bulat-bulat dalam gambar ni


Bun


1 kg tepung roti
7g garam
80g shortening
500g air sejuk
250g gula
20g yis
10g baking powder
50g susu tepung
15g bread improver
1 biji telur gred B

Cara :
1.  Gaulkan semua bahan2 kering.
2.  Masukkan telur & air, uli hingga sebati.  Masukkan shortening, uli lagi.  Rehatkan doh 30 minit.
3.  Tumbukkan doh, untuk keluarkan gelembung udara.  Timbang doh menjadi bun 50g setiap satu.
4.  Bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai, perap doh lagi selama 1 jam atau doh menjadi 2 kali ganda besar.
5.  Sapu pewarna kuning telur di atas bun, bakar pada suhu 180C selama 15 minit.