Penkek
Bahan:-
1 cawan tepung gandum (jika guna tepung naik sendiri, jangan letak serbuk penaik)
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1 biji telur (dipukul)
1 cawan susu
2 sudu besar mentega (yang telah dicairkan)
Cara :-
1. Didalam mangkuk besar, gaulkan tepung, serbuk penaik, gula dan garam. Buat lubang ditengah-tengah campuran tepung tadi, kemudian curahkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati.
2. Panaskan kuali penkek, gunakan api sederhana panas, curahkan 1/2 cawan adunan tadi ke atas kuali. Penkek telah masak jika buih-buih di atas adunan itu telah berhenti. Terbalikkan untuk panaskan kedua-dua belah penkek.
* Penkek boleh dimakan dengan sirap penkek, mentega atau jem.
Resepi ini telah diubahsuai, resepi asal adalah dari http://allrecipes.com/recipe/easy-pancakes/
Friday, November 29, 2013
Penkek
Kuih Cara Berlauk
Kuich Cara Berlauk
Kuih Cara Berlauk
Bahan:-
2 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit (tak letak pun tak apa)
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 kotak santan (200ml)2 cawan air
1 sudu teh esen pandan
1 biji telur
1 sudu besar mentega
Cara :-
1) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam blender sehingga sebati.
2) Panaskan acuan, letakkan sedikit minyak di dalam acuan dan isikan adunan tepung tadi ke dalam setiap acuan.
3) Masukkan 1 sudu teh inti daging goreng ke dalam setiap acuan adunan tepung.
4) Gunakan api kecil dan tutup acuan itu.
5) Masak sehingga garing (lebih kurang 10 ke 15 minit).
Inti Daging Goreng
1/2 cawan minyak masak
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
2 cawan daging dihiris halus (direbus hingga empuk)
1 biji cili merah (dihiris halus)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa ajinomoto
Cara :-
Panaskan minyak masak, gorengkan bawang putih dan bawang besar hingga garing, masukkan daging dan goreng lagi hingga garing. Kemudian masukkan cili, daun sup, garam dan serbuk perasa, goreng lagi 1 minit atau sehingga garam dan serbuk perasa sebati. Bila siap, masukkan inti daging yang telah siap ini ke dalam adunan tepung kuih cara.
Kuih cara berlauk dalam gambar di atas tidak menggunakan cili dan daun sup, jika ada gambarnya seperti dibawah;
Gambar dari kongsiresepi.com
Tuesday, November 26, 2013
Nasi Lemak
Nasi Lemak
Nasi:- (untuk 6 orang makan)
3 cawan beras
4 cawan air
1/2 paket santan serbuk
2 sudu kecil garam
2 cm halia (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak masak
Cara masak nasi lemak:-
1) Campurkan semua bahan di atas dan masak di dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.
Lauk :-
2 cawan ikan bilis (digoreng)
1 cawan kacang tanah (digoreng)
1 batang timun (dihiris-hiris setebal 5mm)
6 biji telur rebus
Sambal:-
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang putih (dihiris nipis)
1 bawang besar (dihiris nipis)
2 cawan cili boh (pes cili atau cili giling)
1 asam keping (sebesar duit 10 sen)
1/2 paket santan serbuk (dicampur dengan 1 cawan air)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa (ajinomoto)
1 sudu teh gula
1 cawan ikan bilis (yang telah digoreng)
Cara masak sambal:
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan goreng sehingga garing. Masukkan cili boh dan asam keping dan masak selama 10 minit.
2) Masukkan santan serbuk, masak lagi 15 minit atau sehingga santan sebati dengan cili, kemudian masukkan garam, serbuk perasa, gula dan ikan bilis.
ikan bilis
cili boh
serbuk santan kelapa
bawang besar (atau bawang merah)
bawang putih
* 5 gambar yang terakhir (bermula dari ikan bilis hingga bawang putih) di ambil dari website google image.
Pai Labu
Pai Labu (pumpkin pie)
Kulit pai :-
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan mentega
1/4 cawan air
Cara :-
1) Ayakkan tepung gandum, campurkan dengan garam sehingga sebati. Kemudian gaulkan dengan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh. Tambahkan air 1 sudu besar jika perlu. Kuantiti air bergantung kepada kualiti tepung.
2) Canaikan leper doh setebal 5mm dan letak di dasar loyang saiz sederhana 22cm (9 inci).
Isi :-
1 biji labu (500g)
1 tin krimer pekat manis F&N
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis/rempah kek
4 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar air
2 biji telur
Cara :-
1) Buah labu dipotong 2, letakkan di dalam dulang dan bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 200 celcius.
2) Kaut isi labu dengan sudu dan campurkan dengan semua bahan di atas. Gaulkan dengan pemutar elektrik sehingga sebati.
3) Setelah itu masukkan inti ini ke dalam acuan kulit pai tadi.
5) Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit. Bakar pada suhu 225 Celcius selama 15 minit, kemudian turunkan suhu ke 180 Celcius dan masak lagi selama 30 minit.
Labels:
pai labu,
pai labu mudah,
pai labu simple,
pai pumpkin
Kuih Cara
Kuih Cara
Bahan:-
2 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 kotak santan (200ml)2 cawan air
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1 biji telur
1 sudu besar mentega
Cara :-
1) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam blender sehingga sebati.
2) Panaskan acuan, letakkan sedikit minyak di dalam acuan dan isikan adunan tepung tadi ke dalam setiap acuan.
3) Masukkan 1/2 sudu teh gula ke dalam setiap acuan adunan tepung.
4) Gunakan api kecil dan tutup acuan itu.
5) Masak sehingga garing (lebih kurang 10 ke 15 minit).
Bahan-bahan yang diperlukan
Isikan adunan tepung ke dalam acuan
Isikan 1/2 sudu teh gula ke bahagian tengah setiap acuan
Tutup acuan dan tunggu kuih masak 10 ke 15 minit
Kuih yang telah masak garing di luar
Labels:
kuih cara manis,
kuih cara mudah,
kuih cara simple
Monday, November 25, 2013
Pai Epal
Pai Epal
Kulit pai :-
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan mentega
1/4 cawan air
Cara :-
1) Ayakkan tepung gandum, campurkan dengan garam sehingga sebati. Kemudian gaulkan dengan mentega sejuk sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh. Tambahkan air 1 sudu besar jika perlu. Kuantiti air bergantung kepada kualiti tepung.
2) Canaikan leper doh setebal 5mm dan letak di dasar loyang saiz sederhana 22cm (9 inci).
Isi :-
3 epal
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis/rempah kek
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen oren
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
Cara :-
1) Potong epal bentuk kiub 1cm.
2) Masukkan kiub epal, gula, garam, serbuk kayu manis dan esen oren ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan selama 20 minit. Semasa masak, epal akan mengeluarkan air dengan sendirinya.
3) Setelah 20 minit, campurkan tepung gandum dan air sehingga sebati, kemudian campurkan dengan epal yang telah dimasak tadi dan kacau lagi sehingga likat.
4) Setelah itu masukkan inti epal ini ke dalam acuan kulit pai tadi.
5) Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit. Bakar pada suhu 225 Celcius selama 15 minit, kemudian turunkan suhu ke 180 Celcius dan masak lagi selama 30 minit.
Labels:
pai epal mudah,
pai epal senang,
pai epal simple
Wednesday, November 20, 2013
kambing/biri-biri panggang
Kambing/biri-biri panggang
kuah
6 keping daging kambing (boleh diganti dengan daging lembu atau 1 ekor ayam)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar cili boh (pes cili)
3 cm halia (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1 tangkai serai (dititik)
1) Gaul rata semua bahan-bahan diatas kemudian sapukan pada kepingan daging kambing. Masukkan daging tersebut ke dalam pemanggang ajaib (magic pan) dan masak dengan api kecil selama 2 hingga 3 jam.
Jika menggunakan ketuhar, perap daging selama 1 jam dahulu, kemudian panggang di dalam ketuhar selama 60 hingga 90 minit pada suhu 180 celcius.
Kuah :-
1/2 cawan mentega
1 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu kecil kiub pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih/lada hitam
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perasa (jenama ajinomoto)
1 sudu kecil kicap (untuk gelapkan kuah)
1) Panaskan mentega di dalam kuali. Masukkan bawang merah dan goreng dengan api kecil selama 10 hingga 15 minit. Kacau tepung gandum dan air di dalam mangkuk hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam kuali yang digoreng bawang tadi. Campurkan pati ayam, serbuk lada, garam, perasa dan kicap ke dalam adunan tadi dengan api kecil, kacau sehingga mendidih. Boleh tambah air jika ingin kuah cair.
Labels:
beef steak,
daging lembu panggang,
daging panggang pemanggang ajaib,
lamb chop cepat,
lamb chop mudah
Tuesday, November 19, 2013
Kek Coklat Lembab
Bahagian atas kek
Bahagian bawah kek
Bahan-bahan:-
3 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak jagung/sayuran
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko (jenama van houten)
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan air
1/2 cawan krimer pekat manis (jenama F&N)
Resepi:
1) Pukul telur, esen vanilla dan gula pasir sehingga kembang (selama 5 minit)
2) Masukkan minyak, pukul lagi (selama 2 minit)
3) Masukkan tepung, koko dan soda bikarbonat pukul lagi sehingga sebati (selama 5 minit)
4) Campurkan air dan krimer dan pukul hingga sebati (selama 2 minit)
5) Setelah siap masukkan adunan ke dalam pemanggang ajaib (magic pan) dan masak selama 25 ke 35 minit menggunakan api paling kecil.
6) Jika masak menggunakan ketuhar, gunakan suhu 160 Celcius selama 1 jam. Masukkan adunan kek ke dalam loyang pembakar yang telah digris dengan minyak, dan dialas dengan kertas. Panaskan ketuhar 10 minit terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan kek.
*Resepi asal adalah dari gabungan beberapa resepi di internet yang telah saya ubahsuai.
Subscribe to:
Posts (Atom)