Thursday, November 6, 2014

Tart Telur

Tart Telur

Sumber gambar : google image


Kulit Tart
Bahan-bahan:-

250g mentega
3/4 cawan gula aising
400g tepung gandum (4 cawan)
1 biji telur



Inti
bahan-bahan:-

1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan susu
4 biji telur (1 cawan telur)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar tepung kastad (optional)

Cara-caranya:-
Kulit tart -  Gaulkan semua bahan-bahan kulit tart di dalam 1 bekas sehingga sebati dan letakkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.  Selepas itu, bentukkan doh ke dalam dasar acuan tart.

Inti tart - Panaskan gula dan air di dalam periuk sehingga larut.  Biarkan sejuk.  Setelah itu campurkan susu, telur esen vanilla dan tepung kastad.  Gaulkan sehingga sebati dan tapis.  Curahkan cecair yang telah ditapis tadi ke dalam setiap acuan kulit doh.


Sumber video dari Youtube:-

Sunday, October 19, 2014

Cream Puff

Cream Puff
Sumber gambar : Google pic



Resepi disalin dari  http://anyambakul.blogspot.com/2011/10/cream-puff.html


Bahan-bahan
100ml air
45g butter - suhu bilik, potong 1 cm
60g tepung gandum - ayak
2 biji telur

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul biar telur putih dan kuning bercampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga terbentuk doh. Kemudian, padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. (Kalau takde, boleh potong aje bucu plastik anggaran 1 cm). Pipekan ke atas dulang, tekan bahagian bertanduk supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selamat 25 minit.
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

Cream Custard

Bahan-bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur size A
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masak bancuhan ni atas api sederhana sehingga menjadi pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.


Saturday, September 27, 2014

Cucur Jawa

Di kongsi dari facebook page: Memasak
Dalam 30Minit






Monday, September 22, 2014

Pisang Molen

Pisang Molen







Resepi ni saya ambil dari internet, selepas melihat risalah promosi melancung ke Bandung Indonesia.  Saya dah cuba, jadi nampaknya.  Resepi Indonesia nya di sini:- http://www.bacaresepdulu.com/resep-pisang-molen/




Boleh juga guna resepi mini hot dog bun, tapi gantikan hotdog tu dengan pisang.


Bahan:-
2 1/2 cawan tepung roti        }
1 sudu besar susu tepung      }
1 sudu kecil bread improver  }
1 sudu kecil yis segera           }      digaul rata
1 sudu kecil serbuk penaik    }
1/2 sudu kecil garam             }
1/4 cawan gula kastor           }

1 biji telur gred B
1/2 cawan air sejuk

1/4 cawan marjerin/mentega

Cara :-
1)  Bahan-bahan kering (tepung, yis, garam, gula dan lain-lain) di gaul rata.  Campurkan telur dan air, sebatikan.  Akhir sekali campurkan mentega.
2)  Uli bahan-bahan di atas selama 15 minit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di bekas dan tangan.  Jika melekat, campurkan satu sudu besar tepung sehingga doh tidak melekat di tangan.


Tutup doh dengan plastik atau kain lembab selama 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.


Selepas 40 minit doh diperap, tabur sedikit tepung gandum di atas doh tadi, kemudian leperkan untuk dipotong2 memanjang


 Ambil satu dari doh yang telah di potong memanjang ini dan balut melilit keliling pisang 


Jika lilit hotdog tidak perlu sampai hujung 


 (Lilit pisang hingga hujung tertutup, kerana bila sudah dikeluarkan dari oven, pisang akan mencair)

Lilit pisang dengan tali doh sehingga menutupi keseluruhan pisang.  Biarkan pisang yang telah dililit tepung doh didalam loyang selama 30 minit sehingga doh naik.  Kemudian bakar di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 170 celcius.

Tadaa..... enak banget!

Nasi Tomato

Nasi Tomato





Bahan-bahan:-


Bahan A
3 sudu besar minyak sapi                                    ]    Panaskan minyak


Bahan B
1 cawan bawang besar (diracik)                          }
1 biji bawang putih (diracik)                               }
1 inci halia (diracik)                                            }
1 batang kayu manis                                            }
2 biji bunga lawang                                             }
3 biji buah pelaga                                                }  di tumis dalam minyak sapi
4 biji bunga cengkih                                            }  
1 sudu besar garam                                              }
1 sudu kecil ajinomoto                                        }
1 kiub perasa ayam                                              }
3 sudu besar pati tomato (dalam tin)                   }
1 sudu besar rempah kari/bariyani                      }


Bahan C
5 cawan air                                              )
1/2 cawan susu cair/atau santan              )    Masukkan Bahan C ke dalam Bahan B.
1/2 tin kacang peas hijau                         )    
1 cawan kismis                                        )      
1 batang serai (dititik)                             )     
1 helai daun pandan                                )


Bahan D
3 cawan beras basmathi                           )   masukkan beras ke dalam periuk nasi
  (rendam  beras 1 jam sebelum masak)                                                                                              

Bahan E
Bawang goreng (untuk hiasan)


Cara-cara:-

1)    Panaskan minyak sapi di dalam kuali. (Bahan A)
2)    Tumiskan Bahan B, kemudian masukkan Bahan C,  Kacau sebati, kemudian tuangkan Bahan B  dan Bahan C ini ke dalam periuk nasi.

3)    Biarkan 5 minit sehingga kuah mendidih.  Kemudian masukkan beras (Bahan D) yang telah ditoskan air ke dalam periuk nasi.

4)   Apabila nasi sudah masak, taburkan bawang goreng di atas nasi.



NASI TOMATO BOLEH DI MAKAN DENGAN LAUK KARI DAN SALAD, ATAU PUN AYAM MASAK TOMATO.




Kek Pisang Kukus


Kek Pisang Kukus




Bahan:-

3 biji telur (gred B) 
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam 

2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh double action baking powder
1/4 cawan susu/air
3/4 cawan pisang yang sudah dilenyek
1/2 cawan minyak jagung


Cara-caranya:-

* Sebelum membancuh kek,  mula-mula didihkan periuk kukus.

1)  Pukul telur, gula pasir, esen vanilla dan garam selama 5 minit (sehingga kembang).

2)  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu dan pukul hingga sebati.  Akhir sekalli masukkan pisang dan minyak jagung, dan gaul hingga sebati.

3)  Didihkan periuk kukus.  Lengserkan loyang dengan sedikit minyak dan alaskan loyang dengan daun pisang.Tuangkan adunan kek pisang ke dalam loyang, kukuskan kek selama 1 jam dengan api paling besar.

*** Jika kek di masak di dalam oven, gunakan suhu 170 Celcius selama 40 minit.

+++ Jika kek di masak di dalam pemanggang ajaib, masak selama 30 ke 40 minit menggunakan api yang sangat kecil.

Sunday, September 7, 2014

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus





Resepi ini disalin dari http://www.kongsiresepi.com/read/6825/0/


Kek Gula Hangus

Bahan:
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas. Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

Sunday, June 22, 2014

Rendang Ayam

RENDANG AYAM



Bahan:-

1 ekor daging ayam
1 cawan rempah kari daging
1 cawan cili boh/cili kisar
1 cawan bawang besar di cincang dadu
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 asam keping
2 cm halia (ditumbuk)
2 cm kunyit (ditumbuk)
2 cm lengkuas (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
2 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
1 sudu kecil perasa (ajinomoto)
1 kiub ayam
1 tangkai daun kari
1 helai daun kunyit (dihiris-hiris)


1)  Daging ayam, rempah kari, cili kisar, bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, ketumbar biji, jintan manis, asam keping dicampurkan di dalam kuali



2) Gaul rata ke semua bahan-bahan rempah.  Masak gunakan api sederhana selama 20 minit.


3)  Masukkan santan, halia, kunyit, lengkuas dan serai


4)  Gaul rata santan bersama ayam dan masak lagi selama 30 minit


5)  Masukkan daun kari, daun kunyit, garam, serbuk perasa dan kiub ayam, gaul lagi hingga sebati


6)  Setelah 1 jam memasak... minyak timbul dari gulai, ini tandanya rendang sudah masak. 

Wednesday, May 28, 2014

Kuih Koci

Kuih Koci




Bahan untuk Doh:-  (Boleh membuat 20 biji kuih)
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan santan cair

1)  Ayak tepung, kemudian campurkan tepung, garam dan santan cair sehingga sebati menjadi doh, dan tidak melekat pada tangan atau bekas.  Jika melekat, tambahkan 1 sudu besar tepung.


Bahan untuk Inti:-
1 biji kelapa muda parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air

1)  Campurkan semua bahan diatas (kelapa parut, gula merah, gula pasir, daun pandan, garam dan air).  Masak selama 15 minit atau sehingga air kering dan gula serta kelapa parut sebati.

Bahan-bahan lain:-
Daun pisang dipotong kecil 3"x6" (dilayur di atas api sehingga lembut)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak

Cara:-
1) Leperkan 1 sudu besar doh di atas daun pisang yang telah disapu minyak, letakkan 1 sudu kecil inti kelapa di atas doh dan cantumkan/tutupkan doh tersebut seperti bola pingpong.
2) Curahkan 1 sudu besar santan pekat di atas doh itu, kemudian bungkus kuih ini seperti membungkus nasi lemak.
3)  Kukus di atas api besar selama 20 minit.


Doh yang telah dibungkus


Sedia untuk dikukus


Dikukus 20 minit


Siap untuk dimakan

Saturday, May 24, 2014

Apam Pisang Kukus

Apam Pisang Kukus




Bahan:-

2 cawan           pisang lenyek
1 3/4 cawan     tepung gandum (diayak)
1/4 cawan        tepung jagung   (diayak)
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 cawan        gula pasir
1/4 cawan        gula merah
1/2 sudu kecil   garam
1/2 sudu kecil   rempah masakan
1 sudu kecil      air limau kasturi
1 sudu kecil      esen perisa pisang
1/4 cawan        air

Cara:-
1)   Gaulkan semua bahan di atas seperti membuat kuih cekodok pisang sehingga adunan sebati.  Kemudian curahkan kedalam bekas yang telah disapu nipis dengan minyak masak.  Perap adunan selama 4 jam.  

2)  Selepas 4 jam, kukus di atas api besar selama 20 minit.


Adunan yang telah sebati diperap 4 jam didalam bekas yang telah disapu minyak 


 Adunan naik seganda selepas 4 jam


 Sedia untuk dikukus selama 20 minit


 Siap untuk di makan


Sesuai untuk tea time





Agar-agar Buah

Agar-agar Buah




Bahan:-
20g   agar-agar rumpai laut (1 paket)
5 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
1 tin susu sejat (400g)
3 sudu besar tepung kastad
1 tin  buah-buahan dalam tin (450g)

Cara:-

1)  Basuh agar-agar kering, kemudian rebus bersama 5 cawan air sehingga agar-agar larut, kemudian campurkan garam dan gula pasir.

2) Di dalam bekas lain, campurkan susu sejat bersama tepung kastad hingga sebati, kemudian curah ke dalam periuk yang berisi agar-agar tadi, diikuti dengan 1 tin buah-buahan dalam tin berserta air gula yang sedia ada di dalam tin.

3)  Masak sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan adunan suam dan curahkan ke dalam bekas.  Sejukkan di dalam peti sejuk.

sedia untuk di makan



Agar-agar paket
Gambar dari blogger di google

Buah tin, 
gambar dari google

susu sejat, 
gambar dari google

Monday, March 31, 2014

Steamboat / Yong Taufu


Steamboat / Yong Taufu

Steamboat/ Yong taufu

Kuah sup boleh di masak didalam periuk nasi elektrik atau periuk steamboat


Bahan-bahan steamboat boleh dicelur di dalam periuk air panas mendidih atau dikukus sahaja.



Bahan-bahan nya:-
Hotdog
Jejari perisa ketam
isi ikan / udang / sotong / ayam / daging
Tauhu
Sayur kangkung / cendawan
Mee / Bihun / mee udon 

1 plastik campuran tauhu steamboat (boleh beli dipasaraya)

(foto dari google image)

Cara:-

1) Bahan-bahan mentah diatas dikukus atau rebus dalam air mendidih selama 10 minit (agak-agak lah sampai bahan-bahan tu masak)
2) Kemudian campurkan di dalam kuah sup, dan sos cili.  Siap untuk dimakan. 


Kuah Sup Tomyam:-




1 1/2 liter air (1/2 periuk penuh air)
2 kiub perisa tomyam
1 cawan bawang besar (dipotong kiub)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan lobak (dipotong halus panjang 2 inci)
4 biji cili api (dipotong dua)
1 batang serai (dititik)
2 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu teh garam*
2 sudu besar gula*
1 sudu teh serbuk perasa ajinomoto*

*garam/gula/serbuk perasa ajinomoto boleh ditambah secukupnya

1) Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk, masak sehingga air mendidih.


Kuah Sup ayam:-




2 liter air (1/2 periuk penuh air)
2 kiub perisa ayam
1 sudu besar sos tiram
1 cawan bawang besar (dipotong kiub)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan lobak (dipotong halus panjang 2 inci)
2 biji lada merah (dipotong dua)
2 tangkai daun ketumbar dicincang
1 sudu teh garam*
2 sudu besar gula*
1 sudu teh serbuk perasa ajinomoto*

*garam/gula/serbuk perasa ajinomoto boleh ditambah secukupnya

1) Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk, masak sehingga air mendidih.

SOS CILI


4 tangkai cili merah  } dikisar
4 biji bawang putih  }

1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk perasa ajinomoto
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar gula*
1/2 sudu teh garam*
*gula dan garam boleh ditambah secukupnya 

Cara-caranya:-
1)  Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus, kemudian masukkan ke dalam kuali bersama semua bahan yang lain (minyak bijan, sos tiram, serbuk ajinomoto, sos tomato, gula dan garam) tambahkan 1/2 cawan air jika kuah terlalu pekat.  Masak dengan api kecil sehingga kuah mendidih.

Letakkan sos cili di atas kuah sup ayam


Atau boleh dihias begini, menggunakan periuk steamboat

(foto dari google image)