Pisang Molen
Resepi ni saya ambil dari internet, selepas melihat risalah promosi melancung ke Bandung Indonesia. Saya dah cuba, jadi nampaknya. Resepi Indonesia nya di sini:- http://www.bacaresepdulu.com/resep-pisang-molen/
Boleh juga guna resepi mini hot dog bun, tapi gantikan hotdog tu dengan pisang.
Bahan:-
2 1/2 cawan tepung roti }
1 sudu besar susu tepung }
1 sudu kecil bread improver }
1 sudu kecil yis segera } digaul rata
1 sudu kecil serbuk penaik }
1/2 sudu kecil garam }
1/4 cawan gula kastor }
1 biji telur gred B
1/2 cawan air sejuk
1/4 cawan marjerin/mentega
Cara :-
1) Bahan-bahan kering (tepung, yis, garam, gula dan lain-lain) di gaul rata. Campurkan telur dan air, sebatikan. Akhir sekali campurkan mentega.
2) Uli bahan-bahan di atas selama 15 minit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di bekas dan tangan. Jika melekat, campurkan satu sudu besar tepung sehingga doh tidak melekat di tangan.
Lilit pisang dengan tali doh sehingga menutupi keseluruhan pisang. Biarkan pisang yang telah dililit tepung doh didalam loyang selama 30 minit sehingga doh naik. Kemudian bakar di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 170 celcius.
Tutup doh dengan plastik atau kain lembab selama 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Selepas 40 minit doh diperap, tabur sedikit tepung gandum di atas doh tadi, kemudian leperkan untuk dipotong2 memanjang
Ambil satu dari doh yang telah di potong memanjang ini dan balut melilit keliling pisang
Jika lilit hotdog tidak perlu sampai hujung
(Lilit pisang hingga hujung tertutup, kerana bila sudah dikeluarkan dari oven, pisang akan mencair)
Lilit pisang dengan tali doh sehingga menutupi keseluruhan pisang. Biarkan pisang yang telah dililit tepung doh didalam loyang selama 30 minit sehingga doh naik. Kemudian bakar di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 170 celcius.
Tadaa..... enak banget!
No comments:
Post a Comment