Apam Pisang Kukus
Bahan:-
2 cawan pisang lenyek
1 3/4 cawan tepung gandum (diayak)
1/4 cawan tepung jagung (diayak)
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil rempah masakan
1 sudu kecil air limau kasturi
1 sudu kecil esen perisa pisang
1/4 cawan air
Cara:-
1) Gaulkan semua bahan di atas seperti membuat kuih cekodok pisang sehingga adunan sebati. Kemudian curahkan kedalam bekas yang telah disapu nipis dengan minyak masak. Perap adunan selama 4 jam.
2) Selepas 4 jam, kukus di atas api besar selama 20 minit.
Adunan yang telah sebati diperap 4 jam didalam bekas yang telah disapu minyak
Adunan naik seganda selepas 4 jam
Sedia untuk dikukus selama 20 minit
Siap untuk di makan
Sesuai untuk tea time
No comments:
Post a Comment