Lepat Pisang
1. Resepi Lepat Pisang
2 cawan pisang lenyek
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil rempah masakan
1 sudu kecil esen perisa pisang
1/4 cawan air
Cara:-
1) Gaulkan semua bahan di atas, kemudian isikan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang yang telah di sapu dengan minyak, kemudian bungkuskan seperti membungkus nasi lemak.
2) Kukus di atas api besar selama 20 minit.
2. Resepi ke-2 Lepat Pisang
12 biji pisang 40 hari (4 cawan pisang yang telah dilenyek)
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
sedikit minyak masak
daun pisang (layur di atas api, kemudian potong empat segi 3"x6")
Cara:-
1) Pisang di lenyekkan hingga hancur, kemudian campurkan tepung gandum, tepung beras, gula dan garam. Adunan lepat ini seperti membuat cekodok pisang, kalau adunan keras, tambah sedikit air.... jika lembik tambah sikit tepung gandum.
2) Ambil daun pisang kemudian sapu minyak masak di atas daun, selepas itu letakkan dua sudu adunan ke dalam daun pisang, kemudian bungkus seperti di bawah.
3) Kukus di atas api besar selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment