Tuesday, December 10, 2013

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka

Kuih yang sudah siap untuk di hidang




Dasar kuih

Dasar kuih:-
2 cawan beras pulut
2 cawan air
100ml santan kotak (1/2 kotak)
1 sudu teh garam

Cara:-
Campurkan semua bahan di atas dan kukus selama 20 minit. Kemudian tekan pulut dengan sudut untuk padatkan pulut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------






Atas kuih yang berwarna hijau:-
1  1/4 cawan tepung gandum
1/4     cawan tepumg ubikayu
3/4     cawan gula
100ml santan kotak (1/2 kotak)
2 cawan air
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh esen pandan

Cara :-
Campurkan semua bahan diatas, kacau sehingga gula larut.  Kemudian tuangkan adunan ke atas pulut yang telah masak.  Kukus lagi selama 20 minit.


Gambar dari google image


kek strawberi



1 cawan gula kaster
1 cawan mentega
1/4 cawan air/susu
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu teh esen strawberi 
1 sudu teh pewarna merah jambu
4 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri

Cara :-
1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Sapukan mentega pada dasar loyang kemudian alaskan dengan kertas.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang, masukkan air, esen vanila, esen strawberi, pewarna merah jambu dan pukul lagi. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan tepung ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4.  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit.

Hiasan:
1 bar coklat putih
1 sudu besar mentega
6 biji strawberi

Cara:
1.  Dengan menggunakan kaedah 'double boiling' cairkan coklat putih.  Masukkan mentega dan kacau sehingga cair.  Tuangkan coklat cair ke atas kek kemudian hiaskan dengan buah strawberi.




gambar white chocolate diambil dari google image



Sup Ayam


Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 sup bunjut
1 biji bawang besar (dipotong kiub)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam
2 liter air (1/2 periuk, atau asalkan semua daging ayam terendam dengan kuah sup)
2 biji kentang (di potong 4)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa AJINOMOTO
2 biji cili merah (dibelah 2)

Hiasan:-
2 tangkai daun sup (dihiris-hiris)
1/2 cawan bawang goreng


Caranya:-
1.  Campurkan daging ayam, sup bunjut, bawang besar, bawang putih, halia, serai, asam keping dan air ke dalam periuk dan didihkan selama 1/2 jam.  Selepas itu masukkan kentang, didihkan lagi 15 minit, selepas itu masukkan garam, gula, serbuk perasa dan cili. Masakkan lagi 15 minit atau sehingga ayam dan kentang empuk.

2.  Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

Asalnya kuah sup di atas adalah separuh periuk.



gambar sup bunjut diambil dari google image.