Wednesday, May 28, 2014

Kuih Koci

Kuih Koci




Bahan untuk Doh:-  (Boleh membuat 20 biji kuih)
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan santan cair

1)  Ayak tepung, kemudian campurkan tepung, garam dan santan cair sehingga sebati menjadi doh, dan tidak melekat pada tangan atau bekas.  Jika melekat, tambahkan 1 sudu besar tepung.


Bahan untuk Inti:-
1 biji kelapa muda parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air

1)  Campurkan semua bahan diatas (kelapa parut, gula merah, gula pasir, daun pandan, garam dan air).  Masak selama 15 minit atau sehingga air kering dan gula serta kelapa parut sebati.

Bahan-bahan lain:-
Daun pisang dipotong kecil 3"x6" (dilayur di atas api sehingga lembut)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak

Cara:-
1) Leperkan 1 sudu besar doh di atas daun pisang yang telah disapu minyak, letakkan 1 sudu kecil inti kelapa di atas doh dan cantumkan/tutupkan doh tersebut seperti bola pingpong.
2) Curahkan 1 sudu besar santan pekat di atas doh itu, kemudian bungkus kuih ini seperti membungkus nasi lemak.
3)  Kukus di atas api besar selama 20 minit.


Doh yang telah dibungkus


Sedia untuk dikukus


Dikukus 20 minit


Siap untuk dimakan

Saturday, May 24, 2014

Apam Pisang Kukus

Apam Pisang Kukus




Bahan:-

2 cawan           pisang lenyek
1 3/4 cawan     tepung gandum (diayak)
1/4 cawan        tepung jagung   (diayak)
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 cawan        gula pasir
1/4 cawan        gula merah
1/2 sudu kecil   garam
1/2 sudu kecil   rempah masakan
1 sudu kecil      air limau kasturi
1 sudu kecil      esen perisa pisang
1/4 cawan        air

Cara:-
1)   Gaulkan semua bahan di atas seperti membuat kuih cekodok pisang sehingga adunan sebati.  Kemudian curahkan kedalam bekas yang telah disapu nipis dengan minyak masak.  Perap adunan selama 4 jam.  

2)  Selepas 4 jam, kukus di atas api besar selama 20 minit.


Adunan yang telah sebati diperap 4 jam didalam bekas yang telah disapu minyak 


 Adunan naik seganda selepas 4 jam


 Sedia untuk dikukus selama 20 minit


 Siap untuk di makan


Sesuai untuk tea time





Agar-agar Buah

Agar-agar Buah




Bahan:-
20g   agar-agar rumpai laut (1 paket)
5 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
1 tin susu sejat (400g)
3 sudu besar tepung kastad
1 tin  buah-buahan dalam tin (450g)

Cara:-

1)  Basuh agar-agar kering, kemudian rebus bersama 5 cawan air sehingga agar-agar larut, kemudian campurkan garam dan gula pasir.

2) Di dalam bekas lain, campurkan susu sejat bersama tepung kastad hingga sebati, kemudian curah ke dalam periuk yang berisi agar-agar tadi, diikuti dengan 1 tin buah-buahan dalam tin berserta air gula yang sedia ada di dalam tin.

3)  Masak sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan adunan suam dan curahkan ke dalam bekas.  Sejukkan di dalam peti sejuk.

sedia untuk di makan



Agar-agar paket
Gambar dari blogger di google

Buah tin, 
gambar dari google

susu sejat, 
gambar dari google