Steamboat / Yong Taufu
Steamboat/ Yong taufu
Kuah sup boleh di masak didalam periuk nasi elektrik atau periuk steamboat
Bahan-bahan steamboat boleh dicelur di dalam periuk air panas mendidih atau dikukus sahaja.
Bahan-bahan nya:-
Hotdog
Jejari perisa ketam
isi ikan / udang / sotong / ayam / daging
Tauhu
Sayur kangkung / cendawan
Mee / Bihun / mee udon
1 plastik campuran tauhu steamboat (boleh beli dipasaraya)
(foto dari google image)
Cara:-
1) Bahan-bahan mentah diatas dikukus atau rebus dalam air mendidih selama 10 minit (agak-agak lah sampai bahan-bahan tu masak)
2) Kemudian campurkan di dalam kuah sup, dan sos cili. Siap untuk dimakan.
Kuah Sup Tomyam:-
1 1/2 liter air (1/2 periuk penuh air)
2 kiub perisa tomyam
1 cawan bawang besar (dipotong kiub)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan lobak (dipotong halus panjang 2 inci)
4 biji cili api (dipotong dua)
1 batang serai (dititik)
2 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu teh garam*
2 sudu besar gula*
1 sudu teh serbuk perasa ajinomoto*
*garam/gula/serbuk perasa ajinomoto boleh ditambah secukupnya
1) Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk, masak sehingga air mendidih.
Kuah Sup ayam:-
2 liter air (1/2 periuk penuh air)
2 kiub perisa ayam
1 sudu besar sos tiram
1 cawan bawang besar (dipotong kiub)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan lobak (dipotong halus panjang 2 inci)
2 biji lada merah (dipotong dua)
2 tangkai daun ketumbar dicincang
1 sudu teh garam*
2 sudu besar gula*
1 sudu teh serbuk perasa ajinomoto*
*garam/gula/serbuk perasa ajinomoto boleh ditambah secukupnya
1) Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk, masak sehingga air mendidih.
SOS CILI
4 tangkai cili merah } dikisar
4 biji bawang putih }
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk perasa ajinomoto
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar gula*
1/2 sudu teh garam*
*gula dan garam boleh ditambah secukupnya
Cara-caranya:-
1) Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus, kemudian masukkan ke dalam kuali bersama semua bahan yang lain (minyak bijan, sos tiram, serbuk ajinomoto, sos tomato, gula dan garam) tambahkan 1/2 cawan air jika kuah terlalu pekat. Masak dengan api kecil sehingga kuah mendidih.
Letakkan sos cili di atas kuah sup ayam
Atau boleh dihias begini, menggunakan periuk steamboat
(foto dari google image)