Friday, January 17, 2014

Lepat pisang

Lepat Pisang


1.  Resepi Lepat Pisang

2 cawan           pisang lenyek
3 cawan           tepung gandum
1/2 cawan        gula pasir
1/4 cawan        gula merah
1/2 sudu kecil   garam
1/2 sudu kecil   rempah masakan
1 sudu kecil      esen perisa pisang
1/4 cawan        air

Cara:-
1)   Gaulkan semua bahan di atas, kemudian isikan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang yang telah di sapu dengan minyak, kemudian bungkuskan seperti membungkus nasi lemak.

2)  Kukus di atas api besar selama 20 minit.




2.   Resepi ke-2 Lepat Pisang

12  biji            pisang 40 hari   (4 cawan pisang yang telah dilenyek)
2    cawan       tepung gandum
1/4 cawan       tepung beras
1/2 cawan       gula
1/2 sudu kecil  garam
sedikit minyak masak
daun pisang     (layur di atas api, kemudian potong empat segi 3"x6")

Cara:-
1)   Pisang di lenyekkan hingga hancur, kemudian campurkan tepung gandum, tepung beras, gula dan garam. Adunan lepat ini seperti membuat cekodok pisang, kalau adunan keras, tambah sedikit air.... jika lembik tambah sikit tepung gandum.

2)   Ambil daun pisang kemudian sapu minyak masak di atas daun, selepas itu letakkan dua sudu adunan ke dalam daun pisang, kemudian bungkus seperti di bawah.

3)   Kukus di atas api besar selama 20 minit.